Menyajikan Pelbagai Genre Artikel Menarik

Friday 18 March 2016

Petua Merawat Tapak Kaki Yang Merekah


Cara Merawat Kulit Kaki yang Pecah-Pecah dan Kering


Tumit kaki yang mulus merupakan keinginan setiap orang. Bukan hanya kerana alasan kecantikan, namun tumit kaki yang pecah-pecah biasanya terasa sakit saat berjalan sehingga boleh mengganggu aktiviti seharian. Maka dari itu kita wajib menjaga tumit kaki yang cenderung dilupakan dalam perawatannya kerana letaknya di bawah anggota badan.

Jika tumit kaki kamu sudah pecah-pecah, ada beberapa tips cara mengatasi kaki pecah-pecah agar kembali halus seperti semula. Mari kita lihat sama-sama bagaimana cara mengatasi kaki pecah-pecah.

Dengan Limau Nipis

Limau nipis atau lemon juga sangat bermanfaat sebagai cara mengatasi kulit yang telah pecah-pecah.  Caranya adalah ambil 1 biji limau nipis yang sudah cukup masak. Cuci dengan bersih lalu belah jadi dua.

Gosokkan limau nipis tadi di kawasan sekitar kaki yang mengalami pecah-pecah. Lakukan secara berterusan dan juga secara rutin. Limau nipis juga mempunyai manfaat lain selain untuk mengatasi kaki pecah-pecah. Manfaat limau nipis yang lain diantaranya untuk mencerahkan wajah secara semulajadi, juga limau nipis boleh mengurangkan batuk-batuk dengan cara mencampurkan dengan kicap atau madu.

Dengan Mentimun

Cara menggunakan mentimun untuk mengatasi kaki yang pecah-pecah denagan mengambil mentimun secukupnya, lalu cuci mentimun sampai bersih kemudian haluskan mentimunnya.

Sapukan mentimun yang sudah di haluskan tadi pada kaki, sambil disapukan picit perlahan tumit yang kering sekitar 10 minit. Mentimun juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan hitam bekas jerawat. Ini kerana mentimun mengandungi beberapa bahan yang sangat berguna untuk kulit anda.

Dengan Pisang

Ambil buah pisang secukupnya, kemudian kisar buah pisang tersebut dengan menggunakan blender atau dengan di parut. Kemudian sapukan pada bahagian tumit kaki yang pecah-pecah.

Sambil disapukan picit lembut kaki sebelum bilas dengan air sejuk. Pisang juga mempunyai manfaat lain selain untuk kaki pecah - pecah juga untuk mengatasi wajah kusam dan berminyak. Usahakanlah jaga kulit anda dengan sebaik-baiknya.

Menggunakan Pelembab

Setelah habis mandi jangan lupa sapukan pelembab atau lotion di kawasan tumit yang pecah-pecah, perlu diingat tumit kaki merupakan lapisan yang sedikit sekali kelenjar minyaknya. Hindari juga mandi menggunakan air yang terlalu panas, kerana hal ini nanti dapat membuat kulit menjadi kering bukan hanya telapak kaki tetapi juga bahagian-bahagian kulit yang lain.

Nah itu tadi beberapa cara untuk merawat dan juga mengatasi kaki pecah-pecah. Selain dengan cara tradisional anda juga boleh membeli krim kaki yang khusus untuk kaki pecah-pecah. Krim � krim tersebut banyak di jual di pasaran.

Pilih yang sesuai dengan jenis kulit anda namun jika kulit anda tidak sesuai dengan krim tersebut segera dapatkan nasihat doktor. Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Petua Merawat Tapak Kaki Yang Merekah

0 comments:

Post a Comment