BACA JUGA : Pernah makan panadol ? anda tau kesan buruknya ?
Pediatrik dari Akademi Amerika berkata, anak kecil kanak-kanak di bawah dua tahun perlu mengelak daripada menghabiskan masa dengan melihat skrin. Meluangkan masa terlalu lama pada skrin sentuh (touchscreens) dibimbangi boleh memberi kesan jangka panjang.Menurut para doktor dan ahli terapi, menghabiskan masa terlalu lama di hadapan skrin boleh merosakkan perkembangan badan mereka.
� Kanak-kanak sepatutnya melakukan aktiviti pembelajaran menggunakan pen dan kertas, namun, jika mereka terlampau kerap menggunakan iPad otot mereka akan kekal lemah� kata ahli terapi pekerjaan Lindsay Marzoli dari Learning and Therapy Corner.Kanak-kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah motor dan kekuatan otot.
BACA JUGA : Gambar Lelaki Terkuat Di Dunia Tarik 12 Buah Kereta Serentak
Dr Timothy Doran, pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Greater Baltimore juga turut menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan gadget ini tanpa pengawasan ibu bapa. Ahli terapi juga menasihati ibubapa supaya mengehadkan penggunaan iPad selama 15 minit sahaja dalam satu masa.
Pakar Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu Kosmo Online bahawa, sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.
BACA JUGA : Jenayah Terbaru Yang Perlu Wanita Ketahui
Dr. Mohammad Nawar Ariffin turut menambah yang kebanyakan ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan kanak-kanak tersebut. Tindakan tersebut dilihat kurang wajar dan ibu bapa sepatutnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini.
sumber
0 comments:
Post a Comment