Menyajikan Pelbagai Genre Artikel Menarik

Saturday 28 February 2015

Terlalu Seronok Berjumpa Tuannya Semula, Seekor Anjing Pengsan

Vemale.com   - Tidak hanya manusia, seekor anjing ternyata juga dapat merasakan kerinduan yang mendalam. Seperti yang dialami seekor anjing bernama Casey ini. 

Anjing ini merasa sangat rindu pada salah satu anggota keluarganya, Rebecca Ehalt yang dua tahun kebelakangan ini meninggalkan rumah mereka di Pennsylvania dan tinggal di negara Slovenia.

Selepas dua tahun tidak berjumpa, si anjing dan sang pemilik pun bertemu kembali ketika Rebecca pulang ke rumahnya. Sebenarnya tahun lalu seluruh keluarganya pergi ke Slovenia untuk perkahwinan Rebecca, namun Casey tidak ikut dengan mereka.

Kebahagiaan terlihat jelas dari reaksi Casey yang kelihatan kegirangan melihat Rebecca ada di hadapannya. Oleh kerana terlalu gembiranya, dia kelihatan sangat aktif dan bersemangat hingga akhirnya jatuh pengsan. Beruntung si anjing hanya kehilangan kesedaran selama beberapa saat hingga kemudian ditenangkan kembali sehingga dapat menyambut Rebecca dengan tangannya.

Masa 2 tahun bagi seekor anjing setara dengan 14 tahun, dalam waktu yang cukup lama itu, ternyata anjing masih dapat mengingat dengan jelas pemiliknya dan merasakan rindu ingin berjumpa dengannya.

Dilansir Stylist.co.uk, setelah mengalami pertemuan penuh emosi tersebut, Casey dibawa keluarga pemiliknya ke doktor haiwan. 

Keluarganya boleh menarik nafas lega, kerana ternyata si anjing dalam keadaan sihat-sihat saja dan tidak menderita penyakit apa-apa, dia hanya terlalu emosional ketika bertemu kembali dengan sang pemilik.


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Terlalu Seronok Berjumpa Tuannya Semula, Seekor Anjing Pengsan

0 comments:

Post a Comment