Menyajikan Pelbagai Genre Artikel Menarik

Friday 27 February 2015

Cara Memberi Tip Mengikut Negara

RAMAI pernah mengalami situasi sama. Pekerja hotel membawa beg ke bilik, menunjukkan saluran televisyen dan alat kawalan jauh untuk pendingin udara. Ini diikuti dengan pertanyaan, �Ada apa lagi yang boleh saya bantu?�.



Saat berikutnya membuatkan anda dalam dilema mengenai kadar tip untuk dihulurkan kepadanya. Ikuti panduan daripada Time Asia kerana ia mungkin membantu membuat keputusan ketika berdepan situasi sama.

BACA JUGA : Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

BACA JUGA : 10 Laluan Maut di Malaysia

JAKARTA

  • Restoran : Caj perkhidmatan 10 peratus dikenakan di kebanyakan restoran atau kafe. Di restoran biasa, anda boleh meninggalkan Rp5,000 atau lebih Rp1,000 jika servisnya lebih bagus.
  • Pembawa beg : Beberapa ratus rupiah untuk satu beg sudah memadai.
  • Teksi : Kebanyakan pemandu membundarkan tambang kepada 500 rupiah terhampir. Jangan layan tambahan lebih Rp 1,000.
BACA JUGA : Kisah Mualaf Yang Menemui Jawapan Dalam Al-Quran

BACA JUGA : Usah Bercinta Dengan Isteri Atau Suami Orang

MANILA

Tip adalah kelaziman dengan nilai kurang daripada 10 peratus akan menyebabkan anda boleh kehilangan layanan istimewa.
  • Restoran : Walaupun caj perkhidmatan sudah dikenakan, anda boleh meninggalkan antara 5 dan 10 peratus bersama dengan bil.
  • Pembawa beg : Perkhidmatan di hotel utama adalah amat baik dan perlu diberikan 20 peso untuk setiap beg.
  • Teksi : Majoriti teksi menggunakan meter tetapi anda boleh membundarkan tambang kepada lima peso terdekat.

SEOUL
Tip bukan budaya Korea kerana lazimnya caj perkhidmatan sudah dimasukkan ke dalam bil keseluruhan.
  • Restoran : Jika anda berada di restoran Korea, tidak perlu membuat bayaran tambahan. Bagaimanapun, restoran Itali mungkin memerlukan 10 peratus tambahan daripada bil sebagai nilai tip.
  • Pembawa beg : Kadar antara 500 dan 1,000 won untuk setiap beg adalah kadar standard di penginapan antarabangsa.
  • Teksi : Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tiada halangan untuk memberi.

BACA JUGA : Villa Nabila Rungkai Misteri Sebenar

BACA JUGA : Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah



SINGAPURA

Pemberian tip tidak dibenarkan dan sama sekali tidak digalakkan di Singapura.
  • Restoran : Caj perkhidmatan 10 peratus sudah dimasukkan ke dalam bil.
  • Pembawa beg : Pekerja hotel bagaimanapun boleh diberikan tip. Sebagai panduan umum, SD$1 layak diberikan untuk pembawa beg.
  • Teksi : Pemandu tidak mengharapkan tip, tetapi tidak menolak jika diberikan lebih.

TAIPEI
Seperti Jepun atau China, Taiwan tidak mengamalkan pemberian tip.
  • Restoran : Tip tidak diharapkan, namun boleh diberi di beberapa restoran makanan Barat.
  • Pembawa beg : NT50 memadai, tetapi pekerjanya tidak terasa jika tidak menerima tip.
  • Teksi : Tiada tip juga tetapi, anda boleh membundarkan tambang kepada NT5 terhampir untuk mengelak baki duit kecil

MALAYSIA

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Cara Memberi Tip Mengikut Negara

0 comments:

Post a Comment